Tips Beli Rumah Pertama? 5 Perkara Asas Yang Perlu Anda Tahu

tips beli rumah pertama 5 perkara asas yang perlu anda tahu
Table of Contents

     

     

    Tips Beli rumah pertama?

    Pastinya anda begitu teruja, bangga dan terharu sehingga ada yang menitis air mata apabila impian untuk memiliki rumah sendiri tercapai akhirnya. Pelbagai dekorasi dan hiasan bermain dalam fikiran sambil bibir mengukir senyuman. Atau anda sedang mencongak keuntungan yang akan anda dapat dari pelaburan yang anda buat.

    Namun, membeli rumah tidak seperti membeli pakaian. Terutama bagi yang berhajat untuk membeli rumah pertama, anda tidak perlu terburu-buru membuat keputusan kerana anda tidak boleh menukar rumah sesuka hati setelah anda menandatangani perjanjian S&P. Jadi, saya akan menyenaraikan perkara asas yang perlu anda tahu sebelum membeli rumah pertama.

     

     

    Tips Beli Rumah Pertama: Objektif Membeli Rumah

    Pastikan anda membeli rumah sama ada untuk tujuan pelaburan hartanah atau untuk kediaman sendiri.

     

     

    Tips Beli Rumah Pertama: 

     

    Lokasi Rumah Yang Ingin Dibeli

    • Rumah Luar Bandar. Pastinya lokasi rumah di luar bandar lebih murah.
    • Rumah Kawasan Bandar. Rumah di kawasan bandar akan menjadi tumpuan, dekat dengan pelbagai kemudahan dan mungkin tempat kerja anda. Tentunya rumah di kawasan bandar mempunyai harga pasaran yang jauh lebih mahal bergantung kepada akses dan kemudahan sekitar.

     

    Tips Beli Rumah Pertama: Harga Rumah

    • Rumah Undercon (rumah dalam pembinaan). Biasanya rumah yang masih dalam peringkat pembinaan akan menawarkan pelbagai promosi menarik dan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding rumah yang telah siap.
    • Subsale (rumah second-hand / yang telah diduduki). Menurut Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), kira-kira 80% daripada semua transaksi hartanah di Malaysia datang dari transaksi pasaran sekunder. Bergantung kepada lokasi, keadaan rumah dan kehendak pemilik asal, rumah subsale juga kadang kala dijual pada bawah harga pasaran.
    • Rumah Lelong. Untuk beli rumah lelong, anda perlu sediakan paling kurang 30% daripada harga rizab yang ditawarkan. Bagaimanapun, rumah lelong akan jauh lebih murah daripada harga pasaran semasa.

     

    Tips Beli Rumah Pertama: Kemampuan Membayar Bulanan

    • Kira kelayakan pinjaman perumahan. Anda boleh menggunakan Mortgage Calculator untuk mengira secara asas. Bagaimanapun anda dinasihatkan untuk menghubungi Perunding Hartanah Berdaftar untuk pengiraan kelayakan dengan lebih tepat.
    • Penyediaan deposit 10% daripada harga rumah dan bayaran guaman. Disini terdapat kelebihan bagi Penjawat Awam yang membuat pinjaman perumahan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kerana tidak perlu menyediakan wang deposit dan bayaran guaman.

     

     

    Tips Beli Rumah Pertama: Gunakan Khidmat Perunding Hartanah Berdaftar

    Mengapa perlunya khidmat perunding hartanah berdaftar?

    • Profesional dan berkelayakan dalam mentadbir urusan jual beli hartanah
    • Tiada caj yang dikenakan kepada pembeli
    • Khidmat nasihat percuma
    • Anda dilindungi oleh undang-undang di bawah Seksyen 30 Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981
    Hubungi

    Nia Albaniah
    +6011 2675 7851
    Legacy Real Property Sdn. Bhd.

    Join The Discussion

    Compare listings

    Compare