Cara Tukar Nama Rumah Pemilik Meninggal Dunia

Cara-Tukar-Nama-Rumah-Pemilik-Meninggal-Dunia
Table of Contents

     

    Cara Tukar Nama Rumah Pemilik Meninggal Dunia

    Sekiranya pemilik harta meninggal dunia, persoalan biasa yang sering bermain di fikiran pewaris ialah, bolehkah tukar nama rumah pemilik meninggal dunia? Sama ada pewaris berhasrat untuk menjual atau menandatangani apa-apa dokumen yang berkaitan dengan harta sekiranya harta terbabit masih atas nama si mati?

    Cara tukar nama rumah pemilik meninggal dunia adalah dengan mendapatkan perintah Mahkamah untuk urusan mentadbir harta atau menjual harta berkenaan. Rumah dan tanah termasuk dalam kategori Harta Tak Alih dan ianya terbahagi kepada dua keadaan iaitu nilai harta yang kurang daripada RM2 juta dan melebihi RM2 juta.

     

     

    Nilai Harta Kurang RM2 Juta

    Untuk nilai Harta Tak Alih yang kurang daripada RM2 juta, urusan mendapatkan hak mentadbir harta boleh dibuat di Pejabat Tanah (Bahagian Pusaka Kecil) di daerah masing-masing (di mana harta berkenaan berada) dan kos yang dikenakan tidak terlalu tinggi.

     

     

    Nilai Harta Melebihi RM2 Juta

    Sekiranya nilai Harta Tak Alih melebihi RM2 juta, urusan mentadbir dan menjual harta berkenaan hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi.

    Sebelum pewaris bertindak untuk meneruskan perbicaraan tentang turun milik penama di hartanah, sebaik – baiknya lakukan perkara berikut :

    • Capai persetujuan (berbincang) bersama pewaris lain (jika pewaris ramai)
    • Lantik wakil untuk urusan berkenaan sekiranya pewaris ramai

    Persetujuan boleh dicapai dengan 3 kaedah berikut:

    • Cara Faraid
    • Cara Muafakat
    • Bertolak ansur dan memberikan kepada pewaris atau adik beradik lain yang lebih memerlukan
    Cara-Tukar-Nama-Rumah-Pemilik-Meninggal-Dunia
    Photo by Rachid Oucharia on Unsplash

     

    Selesai Urusan Pindah Milik dan Penjualan

    Selepas urusan tukar hak milik dan penjualan harta selesai, pewaris hendaklah menyelesaikan segala perbelanjaan berkenaan si mati dengan hasil penjualan tersebut sebelum diagih-agihkan kepada semua waris. Ini termasuklah:

    • Perbelanjaan pengkebumian si mati
    • Membayar segala hutang puitang si mati
    • Bayaran kepada ejen, peguam dan lain-lain bayaran yang tertangguh berkaitan si mati

    Memandangkan urusan Turun Milik, perbicaraan di pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah dan urusan jualan melibatkan prosedur-prosedur yang agak rumit dan memakan waktu, pewaris disarankan untuk mendapatkan khidmat peguam dan perunding hartanah berdaftar untuk menguruskan hal berkenaan dengan lancar dan teratur sehingga selesai.

    Untuk khidmat nasihat, hubungi:

    Nia Albaniah
    +6011 2675 7851
    Legacy Real Property Sdn. Bhd.

    Compare listings

    Compare