Cara Jual Rumah Setelah Bercerai

Cara-Jual-Rumah-Setelah-Bercerai
Table of Contents

    Cara Jual Rumah Setelah Bercerai

    Bagaimana untuk jual rumah setelah bercerai? Ini adalah persoalan yang sering ditanya jika berlaku penceraian suami isteri. Perselisihan antara bekas suami / isteri dan enggan memberikan persetujuan dan pengesahan lantikan ejen atau perunding hartanah.

    Berikut disenaraikan panduan apa yang perlu dilakukan oleh pasangan jika mereka mahu menjual rumah setelah bercerai.

    Dapatkan Perintah Mahkamah Untuk Jualan Atau Melupuskan Pegangan

    Mahkamah akan akan menetapkan bahagian masing-masing yang akan diperolehi dari hasil penjualan berdasarkan kaedah ‘harta sepencarian’ dan perbelanjaan-perbelanjaan yang ditanggung oleh pasangan untuk menjaga harta berkenaan sepanjang tempoh perkahwinan. Mahkamah juga akan menentukan harga jualan yang dibenarkan bagi hartanah terbabit.

    Memudian Mahkamah akan mengeluarkan satu writ (perintah penghakiman) kepada peguam dan writ ini akan digunakan untuk memastikan pasangan akur setiap perintah penghakiman yang dikeluarkan bagi meneruskan proses penjualan sehingga selesai.

    Mutual Agreement (Perjanjian Persefahaman)

    Sekiranya perintah Mahkamah tidak dapat dilaksanakan kerana melibatkan kos yang tinggi, proses yang mengambil masa atau pasangan ‘ubah fikiran’ dengan mencapai persetujuan bersama, melalui perbincangan dengan pihak peguam yang mengendalikan kes, mereka boleh meneruskan proses penjualan berdasarkan Perjanjian Persefahaman iaitu:-

    Komitmen antara dua pihak

    Kedua-dua pihak komited untuk meneruskan penjualan hartanah sehingga selesai. Kedua-dua pihak bersama dan rela hati menandatangani Surat Terima Tawaran Belian, Borang Lantikan Jualan, Perjanjian Jual Beli, Borang 14A serta dokumen-dokumen yang berkaitan.

    Pembahagian hasil jualan

    Mendapatkan hasil adalah objektif bagi kes sebegini. Jadi, kaedah dan jumlah pembahagian hasil jualan mestilah dipersetujui antara kedua-dua pihak.

    Pelantikan Peguam dan Ejen Hartanah

    Kedua-dua pihak mestilah bersetuju untuk melantik peguan dan ejen hartanah bagi mewakili mereka. Mereka tidak boleh melantik peguam atau ejen hartanah masing-masing kerana ini akan merumitkan proses jualan termasuk menyukarkan pembeli, bank, juru nilai hartanah dan semua pihak yang terlibat.

    Kesimpulannya, jual rumah setelah bercerai tidaklah sesukar mana sekiranya anda menemui cara dan betul atau dengan mencapai persetujuan bersama antara kedua-dua pihak. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat perunding hartanah berdaftar serta panduan menjual hartanah supaya perancangan yang diatur berjalan dengan tersusun dan selamat. Semoga bermanfaat.

    Untuk khidmat nasihat, hubungi:

    Nia Albaniah
    +6011 2675 7851
    Legacy Real Property Sdn. Bhd.

    Photo by Afif Kusuma on Unsplash

    Join The Discussion

    0 thoughts on “Cara Jual Rumah Setelah Bercerai”

    • abang dola

      kalau nak rumah landed yang murah , nak senang lulus , korang semak je kelayakkan di benahous.com . sy yang gaji 3 ribu pun senang je nk lulus berbanding kawan saya yang gaji 10 ribu . sebab dengan benahous ni diorng akan guide dari A- z tau cara nak dapatkan rumah mampu milik dengan mudah. so tayah pening2 dah

      Tekan sini untuk semak kelayakkan percuma 👉 https://www.benahous.com/

      Reply

    Compare listings

    Compare
    Search
    Price Range From To