6 Kelebihan Beli Rumah Pada Usia Muda
Photo by Gregory Hayes on Unsplash
Beli rumah pada usia muda? Sememangnya usia muda adalah waktu terbaik untuk mengumpul harta. Kerana pada usia muda tenaga dan semangat berada pada tahap optimum. Apa pun strategi dan rujukan mestilah dibuat supaya perancangan yang diatur tidak tergelincir dari landasan dan menjerumus anda kemelut kewangan atau muflis.
Bagi pihak pembiaya kewangan, peminjam dari kalangan usia muda lebih mudah untuk diluluskan berikutan komitmen yang tidak terlalu tinggi serta masa yang Panjang.
Apakah definisi usia muda? Menurut sumber Wikipedia, Orang Muda atau Belia adalah mereka yang berumur antara 19 hingga 29 tahun (Perhimpunan Agung PBB).
Berikut disenaraikan 6 kelebihan berli rumah pada usia muda.
Ansuran bulanan lebih rendah
Beli rumah di usia muda pastinya menjadikan ansuran pembiayaan perumahan menjadi lebih rendah kerana tempoh pembiayaan lebih yang panjang.
Perlindungan Takaful lebih rendah
Kadar perlindungan takaful yang dikenakan bagi pembeli rumah di usia muda jauh lebih rendah. Sebagai perbandinganm, kadar perlindungan takaful untuk pembiayaan perumahan bagi pembeli yang berusia 30 tahun ke atas adalah jauh lebih tinggi.
Harga pasaran hartanah semakin meningkat
Ada hartanah yang hanya memerlukan tempoh 5 tahun sahaja untuk meningkat sekali ganda. Jika anda menunggu terlalu lama, anda terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga hartanah saban tahun. Jadi, dapatkan panduan dan tips asas untuk membeli rumah pertama.
Kelulusan pembiayaan lebih mudah
Pembiayaan perumahan bagi pembeli yang berusia bawah 30 tahun lebih mudah diluluskan oleh bank. Lebih lebih lagi jika anda masih bujang kerana komitmen keluarga dan anak-anak juga akan diambil kira untuk kelulusan pembiayaan.
Kemudahan Skim Rumah Pertamaku (My First Home Scheme)
Dengan Skim Rumah Pertamaku, pemohon yang layak boleh ambil pembiayaan pinjaman sehingga 110% daripada harga hartanah, maknanya anda dah tak payah serabut fikir pasal duit deposit yang tinggi.
Sebagai strategi pelaburan hartanah
Walaupun anda masih mempunyai komitment ansuran bulanan, anda masih boleh membeli rumah berikutnya untuk pelaburan kerana Nisbah Hutang atau Debt Service Ratio (DSR) anda masih rendah.
Itu sebahagian daripada sekian banyak kelebihan beli rumah pada usia muda. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat perunding hartanah berdaftar serta panduan membeli hartanah supaya perancangan yang diatur berjalan dengan tersusun dan selamat. Semoga bermanfaat.
Untuk khidmat nasihat, hubungi:
Nia Albaniah
+6011 2675 7851
Legacy Real Property Sdn. Bhd.