Mark-Up loan rumah?
Nak mark-up loan rumah? Walaupun terdapat kebaikan dan kelebihan, ketahui juga 6 kesan buruk sebelum anda berhasrat untuk membuat mark-up loan yang mungkin menjerat anda suatu hari nanti.
Kos Guaman Lebih Tinggi
Kos guaman akan menjadi lebih tinggi kerana apabila anda mark-up loan, harga Perjanjian Jual Beli akan mengikut harga jualan bersih iaitu harga yang telah di mark-up
Jumlah Faedah/Interest Meningkat
Jumlah faedah yang dikira berdasarkan kadar peratusan akan meningkat kerana prinsipal amaun pinjaman anda lebih tinggi. Lebih tinggi anda mark-up harga rumah akan lebih tinggi prinsipal amaun maka lebih tinggi jumlah faedah yang anda perlu tanggung sepanjang tempoh pinjaman.
Ansuran Bulanan Menjadi Lebih Tinggi
Komitmen bulanan anda akan meningkat. Ini membuatkan anda sukar menetapkan harga sewaan pada kadar semasa kerana ansuran bulanan anda lebih tinggi dari pulangan sewaan.
Anda Yang Menanggung Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
Anda terpaksa membayar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang sepatutnya ditanggung sepenuhnya oleh penjual. Dalam hal ini, penjual hanya membayar harga mengikut amaun yang mereka jual sahaja, tetapi anda perlu menanggung lebihan amaun yang anda mark-up.
Pulangan Sewaan Menjadi Negatif
Satu pelaburan yang merugikan! Sekiranya anda membeli rumah untuk tujuan pelaburan, pasti ianya akan menjadi bebanan sekiranya pulangan dari pelaburan anda adalah negatif kerana kadar sewaan (kadar harga semasa) lebih rendah daripada komitmen bulanan kepada bank.
Risiko Duit Mark-Up Tidak Dilepaskan Atau Dibayar Sepenuhnya Oleh Pemaju
Perlu anda tahu, ada sesetengah pemaju tidak membenarkan anda mark-up loan. Jadi amaun yang anda mark-up tidak akan dilepaskan atau jika bernasib baik, pemaju mengenakan caj dan pulangkan bakinya kepada anda. Sila bertanyakan tentang clausa mark-up yang dikenakan oleh pemaju sebelum membuat keputusan untuk mark-up loan.
Hubungi
Nia Albaniah
+6011 2675 7851
Legacy Real Property Sdn. Bhd.